[EKSKLUSIF] Punca Zizan akan Bernikah Jun Ini

Zizan Razak akhirnya akan bernikah dengan gadis pilihan hatinya yang juga berasal dari Terengganu.

Apa yang menariknya, berita perkahwinan ini secara tiba tiba setelah namanya dikatan pelawak yang kaki perempuan dan macam-macam lagi.

Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu
Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. 

Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.

Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu, katanya yang bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.

Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik ditambah lagi, wanita berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus. 

Tahniah kepada Zizan. Pedulikan segala kontroversi.

1 Response to "[EKSKLUSIF] Punca Zizan akan Bernikah Jun Ini "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...