[EKSKLUSIF] Mamat kembali Sertai Kumpulan Sepahtu?

Masih teringat lagi perjalanan kumpulan Sepah ketika menjuari Raja Lawak Musim ke 3. Selepas itu nama Sepah sentiasa menjadi sebutan.

Walaupun Mamat antara yang kurang menjadi lawaknya, tapi dia adalah pelengkap paling sempurna dalam kumpulan Sepah.

Kita dapat lihat, pelawak-pelawak jemputan Sepahtu juga tidak berapa menjadi.

Mamat, baru-baru ini ada berkongsi yang mereka bertiga sudah kian matang. Perselisiahan pendapat juga sudah tiada. Masing-masing hanya ingin berjaya di dalam dunia seni.

"Saya rindukan kumpulan Sepah, sebelum ini pelbagai kontroversi yang tercetus tetapi sekarang ini masing-masing sudah dewasa dan matang untuk fokus kerjaya masing-masing. Permasalahan yang timbul dahulu sebenarnya telah pun selesai, hubungan saya dengan Jep pun dah pulih seperti biasa, kalau ingin disatukan semula, saya hanya serah kepada takdir."

Sekiranya mereka benar-benar bersatu, apa kata anda?

0 Response to "[EKSKLUSIF] Mamat kembali Sertai Kumpulan Sepahtu?"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...