[EKSKLUSIF] Sekitar Majlis Pernikahan Anak Ustazah Siti Nor Bahyah yg sederhana (5 foto)

Tanggal 4 April 2015, menyaksikan puteri kesayangan kepada Ustazah Siti Nor Bahyah dam Ustaz diijabkabulkan kepada jejaka pilihan hati.

Selamat Pengantin Baru Kepada Husna dan Asri.





Apa yang menyentuh hati kami ialah warkah kasih daripada Ustaz dan Ustazah.

Jom kita sama-sama hayatinya.

Anakanda Ku Sayang,
Setelah sekian lama kita bersama,
Dalam tawa & juga air mata,
Kita..umpama isi dengan kuku,
Umpama aur dengan tebing,
Ibarat sahabat karib yg tak bisa berpisah.
Kini..anakku Nina sayang..
Sudah menjadi seorang isteri,
Isteri idaman buat Asri.
Asri..sayangilah Nina sepenuh hati,
Nescaya Nina akan terus menyayangi.
Mama & Abah sentiasa doakan agar Allah sentiasa merahmati Nina & Asri
hingga ke syurgaNYA yang abadi.
Dalam mengecapi bahagia suami & isteri,
Semoga Nina tak lupakan Mama & Abah
kerana Nina adalah permata
yang sangat bernilai buat Mama & Abah.
Mama & Abah sayang Nina,
segenap jiwa & raga.
Jadilah isteri umpama Kadijah,
setia bersama hingga ke syurga.
Anakanda Asri Tersayang,
Abah serahkan nyawa Abah..
Abah serahkan kesayangan Abah..
buat anakanda Asri.
Untuk Asri bahagiakan hingga ke syurga.
Moga terbina MAHLIGAI CINTA,
Penuh dengan sakinah,mawaddah & rahmah.
Moga dikurniakan zuriat yg qurrata a'yun,
Sebagai penyejuk hati & menambah bahagia.
Anakanda Asri yg disayangi,
Jangan dikasari anak Abah,
Jangan disakiti kesayangan Abah,
tetapi berlemah-lembutlah kerana
Mama & Abah tak pernah berkasar.
Asri & Nina sayang,
Taatlah Allah sepanjang hidupmu,
Agar dikurnia redha berpanjangan.
Nina sayang,
Abah & Mama telah mendidik Nina
dengan sebaik mungkin,
Oleh itu jadilah isteri yang terbaik,
Umpama bidadari syurga

Tahniah sekali lagi kepada Husna. Semoga kekal hingga ke jannah!!!

0 Response to "[EKSKLUSIF] Sekitar Majlis Pernikahan Anak Ustazah Siti Nor Bahyah yg sederhana (5 foto)"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...