Tuntutan Mutaah: Rita Rudaini 'Sekolahkan' Aidil, Persoalkan Kemewahannya

Nampaknya, Rita Rudaini tetap mahu Aidil jelaskan tuntutan mutaah ini walaupun pelbagai alasan yang dikeluarkan olehnya.


“Betul ke dia tak mampu? Bukankah kehidupan dia cukup mewah. Ada kereta mewah banyak dan kerap pergi bercuti. Gaya mewah hidupnya itu sering ditunjukkan di laman Instagram. Mutaah iaitu satu bayaran yang wajib ke atas suami yang diberi kepada isteri yang telah diceraikan tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak”

“Mungkin dia tak tahu kot gamaknya kerana bayaran edah yang wajib kepada saya pun belum dibayar lag.Baru sekarang dia bagi alasan ceraikan saya sebab tak jalankan tanggung jawab sebagai isteri. Barangkali dia lupa Tuhan ada dan Maha melihat”

“Kalau macam itulah alasan dia, nasihat saya kepada mereka yang bergelar isteri dan bekerja sepenuh masa dan ada pendapatan sendiri kena bersiap sedia kalau diceraikan dan diberikan alasan tak bertanggung jawab sebegitu,” jelas Rita yang tetap akan mempertahankan maruah beliau sebagai seorang wanita dan ibu.

Nampknya, belum ada kesudahan cerita penceraian pasangan ini. Kasihan anak-anak yang sedang terkesan dengan konflik antara Rita Rudaini dan Aidil.

Semoga urusan mereka ini dipermudahkan oleh Nya.




0 Response to "Tuntutan Mutaah: Rita Rudaini 'Sekolahkan' Aidil, Persoalkan Kemewahannya"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...