Kisah ini viral di Media sosial apabila seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Mista Bob Faishah memohon pihak Texas Chicken Malaysia menjelaskan status sos yang dimakan di restoran berkenaan menggunakan label 'CHURCH'.
“Terima kasih kerana bertanya. Untuk makluman, jenama Texas Chicken diasaskan di San Antonio, Texas, USA oleh pengasasnya bernama George W. Church Sr. ‘Church’ adalah nama keluarganya dan dijadikan sebagai jenama,” respon dari pihak TCM.
Namun begitu, timbul pula individu yang memohon pihak TCM menukarkan jenama CHURCH itu kepada jenama lain atau perniagaan mereka tidak akan dapat bertahan lama di Malaysia.
Kenyataan individu berkenaan menjadi panas apabila muncul pula individu lain memohon supaya kita menghormati agama lain dan tidak bertindak seperti ISIS?
Apa pun disini, sebagai muslim sejati kita seharusnya menghormati agama lain. Jika kita was-was tidak perlulah ke kedai berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Respon 'CHURCH' Yang Mengejutkan Apabila Lelaki Termakan Makanannya"
Post a Comment